Friday, April 16, 2010

Warna dan Personaliti

Pelbagai warna yang ada disekeliling kita dan setiap manusia mempunyai warna kegemaran mereka. Warna kegemaran dapat memberi sedikit gambaran tentang peribadi seseorang. Melalui kajian moden, warna membantu seseorang untuk mengenalpasti personaliti seseorang.
Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah. Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.
  • Biru muda : Pengasih dan penyayang
  • Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi
  • Oren : Bersemangat dan komited
  • Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik
  • Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah
  • Merah : Berani dan emosional
  • Ungu : Kejayaan dan sikap positif
  • Hitam : Rasmi, serius atau hiba
  • Coklat : Matang dan bertanggungjawab
  • Putih : Bersih dan amanah

    (http://bicara-wanzul.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment